Sunday, 3 March 2013

Rita Rudaini Tidak Bersetuju Aidil Zaquan Melafazkan Cerai

Assalamualaikum Dan Salam Satu Malaysia . Anda Semua Sihat ? Okay . Topik kita hari ini adalah 'Rita Rudaini Tidak Bersetuju Aidil Zaquan Melafazkan Cerai' . Pelik . Itulah perkataan yang pertama ada di ingatan saya bila membaca artikel ini .

                          25 Februari 2013 . Berlangsungnya prosiding permohonan perceraian yang bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan .
                    
                          Aidil yang diwakili oleh peguam Nor Arif menegaskan bahawa beliau telah bersedia melafazkan cerai keatas isterinya , Rita Rudaini . Aidil juga mengatakan yang dia tidak mahu lagi meneruskan proses perbicaraan kerana perbincangan sudah banyak kali dibuat namun masih belum menemui jalan penyelesaian .


“Saya sudah tidak sayangkan dia. Saya tak ingin lagi hidup begini sebab dah berlarutan dan tiada jalan penyelesaian”, kata Aidil apabila ditanya oleh Hakim Hamizan Mohd Nor sama ada dia masih sayangkan isterinya..


                          Walaubagaimanapun , Rita Rudaini tidak bersetuju dengan keputusan Aidil untuk mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian, Rita yang diwakili peguam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memohon untuk berbincang semula dan menubuhkan satu jawatankuasa pendamai . 


“Selagi dia masih sah sebagai suami saya, saya sayangkan dia. Saya hanya mahu tahu apa kesalahan saya sehingga dia mahu menceraikan saya”, ujar Rita dengan nada sebak apabila ditanya oleh Hakim Hamizan Mohd Nor adakah dia masih menyayangi suaminya.


                           Disebabkan itu, Pihak Mahkamah telah memutuskan agar satu jawatankuasa pendamai ditubuhkan oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada 8 Mac ini bagi memberi peluang kedua-dua pihak berbincang dan mencari jalan penyelesaian.. Sekiranya selepas itu masih tiada lagi jalan penyelesaian, Barulah lafaz cerai boleh dibuat.

#Apaapapun keputusan Aidil dan Rita , kita doakan mereka membuat keputusan yang betul .




No comments:

Post a Comment